Dropshipper Terms and Conditions
Anda hendaklah berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah dibawah Excel Pro Solutions.
Anda perlu mengisi segala butiran dengan lengkap & sahih pada borang pendaftaran untuk perakuan dan pengesahan dari pihak Excel Pro bahawa anda adalah Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah yang SAH dan layak mendapat harga/diskaun yang ditetapkan. Sekiranya anda memberi maklumat palsu, pihak Excel Pro berhak menolak permohonan anda tanpa sebarang alasan dan tindakan tegas akan diambil. (Syarat WAJIB pendaftaran Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah)
Dropshipper: Untuk melayakkan diri menjadi seorang DROPSHIPPER, anda perlu membuat pembelian minima SATU (1) mana-mana barangan Excel dalam 1 invois di dalam Excel PRO Solutions.
Sekiranya Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah mempunyai platform lain sebagai contoh, Shopee/Lazada yang anda gunakan untuk menjual produk EXCEL, anda WAJIB memaklumkan semua plaform yang digunakan pada pihak Excel PRO.
Setiap Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah adalah diingatkan supaya menjual produk Excel mengikut harga serta mengikut segala saranan, terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Excel PRO. Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk Excel samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan oleh pihak Excel PRO.
Pengiklanan, pemasaran dan sebarang promosi produk Excel hanya dibenarkan menggunakan produk ASAL, GAMBAR ataupun IKLAN yang disediakan oleh pihak Excel PRO sahaja. Sekiranya Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah ingin membuat pengiklanan sendiri dengan penggunaan logo dan imej produk atau Tok Abah atau Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah perlu mendapatkan kebenaran pihak Excel PRO terlebih dahulu.
Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah bertanggungjawab sepenuhnya diatas segala perkongsian maklumat dan iklan yang dipaparkan oleh Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah sepanjang penjualan dijalankan.
Sekiranya pihak Excel PRO menerima sebarang laporan/aduan berkaitan salahguna yang berhubung-kait dengan apa-apa berkaitan dengan Excel Pro atau Excel Pro Solutions, ATAUPUN berlaku pelanggaran undang-undang yang SAH atas tindakan Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah (termasuk dan tidak terhad pada HAK CIPTA terpelihara), pihak Excel PRO akan mengambil tindakan termasuklah perlucutan status Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah.
Pihak Excel Pro berhak menyahaktifkan status mana-mana Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah ( Dropshipper ) jika tiada transaksi diterima dalam tempoh 6 bulan.
Sekiranya mana-mana Terma dan Syarat di atas tidak dipatuhi oleh Keluarga Usahawan Excel PRO Tok Abah, tindakan tegas dan secara langsung kelayakan dan status sebagai Penjual Sah akan terbatal dengan serta-merta tanpa sebarang notis.
Pihak Excel PRO berhak untuk mengubah, menggubal dan menukar mana-mana terma dan syarat dari semasa ke semasa dengan notis bertulis.